Banyak analisa berkaitan pilihanraya kecil Kuala Terengganu telah mula ditulis, saya masih belum baca semuanya, tapi rata-rata ramai yang mengambil pandangan bahawa pilihanraya kecil ini merupakan satu pertembungan UMNO-PAS dengan ditambah rempah Anwar Ibrahim dan PKR pasca pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Saya tidak memandangnya begitu. Saya memandang pilihanraya kecil ini sebagai peluang terbaik umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya memang orang Melayu, dengan berwakilkan pengundi Kuala Terengganu yang 80% nya Islam-Melayu, untuk mengisytiharkan ketidak sanggupan mereka dan kebencian mereka terhadap unsur-unsur dan elemen yang semakin kuat menentang kedudukan orang Islam sekaligus orang Melayu di Bumi Malaysia ini.
Mengapa saya kata begitu? Orang yang paling tidak minat politik sekalipun sedar bahawa dinamik negara kita telah banyak berubah pasca-PRU 12. Di mana-mana, cabaran terhadap Islam dan kedudukan Islam dan Melayu terserlah.
Kalau dulu, jarang-jarang sekali kedengaran cabaran terang-terangan terhadap kedudukan Islam dan Melayu. Kalau adapun, ia akan datang dari muka-muka yang sama, kalau tidak Karpal Singh, Lim Kit Siang atau mungkin bila melibatkan isu bahasa dan pelajaran, dari persatuan seperti Dong Jiao Zhong, itupun dalam konteks mempertahankan bahasa Cina. Dan bila timbul sahaja isu sebegini, kita boleh jamin yang sekurang-kurangnya Cina MCA, kalau takpun Gerakan, akan memperingatkan semua rakyat supaya menghormati kompleksiti negara kita dan menghargai apa yang kita ada. Isu akan jadi sejuk, dan semua orang boleh kembali bekerja seperti biasa.
Tidak sekarang. Tiba-tiba sahaja semua mahu mencabar Melayu dan Islam. Kalau dulu isu ketuanan Melayu sahaja diungkit, sekarang habis fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan pun dipermainkan dan diperbodohkan. Hindu Sangam terang-terang meminta Majlis Fatwa rujuk dulu kepada mereka dalam isu Yoga baru-baru ini. Ini kurang ajar tahap tertinggi dan tidak boleh diterima sama sekali. Tan Lian Hoe, ketua wanita Gerakan yang merampas kerusi Gerik dari melayu UMNO secara tidak tahu malu, dengan selamba mencabar kedudukan Islam dan Melayu. Begitu juga Chua Soi Lek, pelakon filem blue. yang tak tau malu. Karpal Singh dan Lim Kit Siang biasalah, terus-terusan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan Melayu sebagai kaum peribumi dan pemerintah bumi Melayu ini sejak asal.
Kenapa begini? Sebab sangka non-Muslim, penolakan terhadap BN adalah penolakan terhadap kedudukan Islam dan Melayu. Ini sebab Cina dan India tidak mengundi BN dalam PRU-12 atas dasar anti-DEB, atas isu Hindraf, atas isu Lina Joy, atas isu “body-snatching”, atas isu Mahkamah Syariah, atas isu Cina susah dapat kontrak kerajaan. Jadi mereka menyangka, kemenangan DAP, PKR dan PAS dalam PRU 12 ialah atas isu-isu ini.
Sedangkan di kalangan orang Islam yang mengundi DAP, PKR dan PAS pula, isu-isu dalam kepala mereka berlainan secara total. Malah ramai juga orang UMNO yang kali ini mengundi pembangkang, dan isu dalam kepala mereka hanyalah Pak Lah dan Khairy sahaja!
Bila jadi macam sekarang ini, apakah yang dapat orang Islam dan Melayu lakukan? Nak tulis dalam suratkhabar, sudahpun dibuat oleh Utusan dan Berita Harian, tapi dikata mereka propaganda dan tak boleh pakai. Ditulis dalam blog, dikata mereka barua UMNO, walaupun banyak artikel dalam website-website utama PAS seperti tranungkite yang turut menimbulkan keresahan orang Islam ini. Balik-balik, mereka merujuk kepada PRU-12 sebagai bukti yang semakin ramai setuju dengan mereka. Oleh itu, sekarang masanya untuk rakyat Malaysia menendang keluar status quo Malaysia yang berpaksi Islam dan Melayu, dan menukarkannya dengan sistem Barat seperti US dan Singapura, yang berdasarkan kepada hak asasi dan kesamarataan kononnya. Ini termasuk hak asasi untuk pendakwah Kristian mendakwah kepada remaja Islam, hak asasi untuk remaja Islam menukar agama, hak asasi untuk konsert-konsert sesat dibuat dimana-mana, hak asasi untuk sesiapa pun mempersendakan fatwa dan keputusan Mahkamah Syariah, dsb nya.
Semua orang Islam mahu perkara ini dihentikan.
Tapi apa sangkut-pautnya dengan topik di atas. Mudah.
Pada masa ini, masalah utama Cina dan
Jadi apa pilihan 80% pengundi Melayu KT kali ini. Tidak ada jalan lain, mereka mesti undi UMNO. Ahli PAS dan penyokong PAS juga buat satu kali ini mesti undi UMNO, jika mereka tidak mahu lihat anak cucu mereka dibesarkan dalam suasana hak asasi ala DAP dan Singapura di mana pendakwah kristian bebas berdakwah di sekolah dan universiti – kerana inilah cita-cita DAP.
Apa yang nak ditakutkan? Satu, memang sebelum ini pun ini kerusi UMNO – jadi kalau UMNO menangpun ia tak mengubah apa-apa. Dua, kalau PAS menangpun PAS masih minoriti dibandingkan dengan PKR dan DAP di Parlimen. Tiga, kalau PAS menang semakin kuatlah golongan yang ingin berbaik-baik dengan DAP, dan semakin besar kepala lah Cina dan
Untuk orang UMNO pula, hentikanlah pendekatan agresif terhadap penyokong PAS di KT kali ini. Bukan senang untuk penyokong dan ahli PAS mengundi UMNO walau untuk kali ini sahaja, maka mereka harus diberi sebab yang baik untuk berbuat demikian. Orang UMNO kena beri orang PAS peluang untuk menjaga air muka mereka, iaitu mereka boleh mengundi UMNO kali ini sahaja semata-mata untuk menghantar mesej kepada orang bukan Islam supaya berhenti mencabar kedudukan Islam dan Melayu. Percayalah, kalau golongan anti-Islam ini lihat walau Melayu PAS pun akan menyokong UMNO bila keadaan terdesak, maka mereka akan mengurangkan kekurang ajaran mereka.
Tanggungjawab ini terletak pada ahli dan pengundi PAS Kuala Terengganu. Kalau orang UMNO sanggup berkorban mengundi PAS atau tidak mengundi langsung untuk menyaksikan Pak Lah berhenti jadi PM kerana merosakkan ekonomi negara dan kedudukan Islam dan Melayu, maka kali ini, bola berada di gelanggang penyokong PAS. Diharap mereka dapat melakukan apa yang terbaik untuk masa depan Islam dan Melayu untuk jangka panjang dan bukan dalam konteks PilihanRaya Kecil Kuala Terengganu ini sahaja.
Allahuakbar
ReplyDeletemu bijok..bijok....harap org ganu tok jadi bodoh...juang islam perbenda..kalau cino india yg perintah..
ReplyDeleteSaya mohon salin artikel dalam blog saya. Harap maklum.
ReplyDeleteSaya telah dapat link ke sini dari blog Dato' Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47. Memang bagus isi-sis dan hujah-hujah di sini.
ReplyDeleteMalangnya, saya rasa BN akan kalah... dan kekalahan ni boleh diletakkan ke atas kepala sekor BANGANG yang nak mampuskan Umno kerana reject dia, dengan meletakkan calon yang ramai tak dapat nak terima..
Kembara Politik silakan, cuma jangan lupa link kan juga. Biaslah blog baru.
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawat. Blog anda juga sangat sering saya baca, cuma belum link kan lagi.
Bro Mat Cendana,
Aha, nama tuan memang dah selalu saya baca, dalam blog KijangMas. Terima kasih kerana melawat. Heheheh, kepala bangang, memang betul, tapi sudah itu calon nya nak buat macam mana. Apa pun kebencian pada PL atau WF atau KJ mestilah subservient kepada kepentingan memenangkan BN, UMNO & WF atas sebab-sebab yang saya tulis di atas.
Kalau tak, makin kuatlah berkokok dan menyalak mereka-mereka yang tak sepatutnya.
Assalamualaikum Tuan AtukCucu,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sering melawat blog Kembara Politik.
Saya telah link blog Tuan.
Secara peribadi mmg saya kurang bersetuju dgn calon yg diletakkan oleh UMNO di KT. Secara peribadi, saya melihat Ketua Sektor JPN Terengganu itu lebih dimahukan oleh pengundi.
Tapi seperti apa yang dikatakan oleh Tuan, PAS dah semakin hilang hala tuju dek kerana takut hilang undi penentu. Penyudahnya suara majoriti orang Melayu bagai dipingggir oleh PAS.
Cara berpolitik orang Melayu perlu diperbetulkan demi menjaga kepentingan agama dan bangsa. Kalau boleh kita mahu PAS menjadi parti pengganti orang Melayu. Jika UMNO tidak berkesan menjaga kepentingan Melayu, maka kita ada alternatif PAS. Jika PAS ditarik hidung oleh DAP & PKR kita ada UMNO sebagai pilihan. Tapi apa yang berlaku jika dilihat senario sekarang?
Lihat sahaja apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir berkenaan hala tuju perjuangan PAS.
"6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.
7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.
8. Ternak tak apa.
9. Sentuh pun tak apa.
10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.
11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?
12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.
13. Katanya ini rancangan 30 tahun.
14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.
15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.
16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.
17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa."
Ini semua tidak patut diteruskan dengan cara pengundi memberikan undi kepada UMNO untuk menyedarkan PAS agar lebih ofensif dalam mempertahankan hak Melayu.
Kita bukannya mahu menghapuskan PAS, seperti sesetengan pemimpin UMNO yang berkempen beriya-iya benar sehinggakan terlupa bahawa perlu ada check and balance dalam politik orang Melayu.
Tapi penyakit itu pula nampaknya berjangkit kepada PAS yang mana seolah2 melancarkan peperangan kepada UMNO seperti mahu menamatkan terus perjuangan UMNO dari muka bumi.
Strategi PAS pun seakan terikut2 dgn rentak KJ. PAS lupa bahawa ramai orang Melayu (termasuk ahli UMNO) memenangkan PAS pada PRU12. Jgnlah bersikap terlalu bermusuh dgn UMNO sehingga ada istilah 'ingin mengapankan terus UMNO'.
Ini sangat salah.
Kembara Politik,
ReplyDeletePertama sekali saya dah tukar display name saya supaya sama macam nama blog, mengurangkan kekeliruan.
Kedua, saya setuju dengan saudara berkenaan perlunya ada check dan balance dan alternatif untuk Melayu. Berkenaan tidak boleh extreme. Inilah jadinya kalau kita lupa seruan untuk bersederhana.
Kadang-kadang orang PAS lupa bahawa UMNO itu sendiri tiada jasad, tiada nyawa. Sama juga dengan PAS, tiada jasad, tiada nyawa. Yang ada hanya orang-orang di dalamnya. Dan manusia sentiasa boleh berubah dan diubah. Jahat jadi baik, baik jadi jahat.
Saya ingat sekarang ni baik join NGO Pewaris atau Perkasa tu lah sampai dua-dua parti berteraskan Melayu dan Islam kita ini pulih dari sakit. Jangan join geng bogel dah lah.
Tengoklah kisah benar malaysia ni,
ReplyDeletebetolkah u nak orang camni jadi kerajaan?
Hanya tau jadi gemuk and kaya, tanpa pikir tentang bangsa sendiri.
Orang Cina yang tolong Melayu pulak!
Jijik saya tengok pegawai k'rajaan camni.
Masih mau undi mereka??!!!
Kisah Benar Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=82H8C8Ik-Ug